Connect with us

Hiburan

Pelakon Veteran Datuk Zulkifli Zain Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Pelbagai Penyakit

Pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain, 76, meninggal dunia di kediamannya di Ukay Perdana pada kira-kira 7.30 malam ini akibat komplikasi pelbagai penyakit.

Allahyarham yang juga suami kepada pelakon Datin Normala Omar dan bapa kepada pensyarah serta aktres Dr. Norzizi Zulkifli menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika azan maghrib.



Perkara itu disahkan oleh anaknya, Zazleen Zulkifli sebentar tadi.

“Insya-Allah jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas Zohor.

Advertisement

“Papa dah memang sakit angin ahmar lama. Dia juga ada sakit jantung, darah tinggi kencing manis dan buah pinggang.

“Mohan doakan arwah papa ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Beliau berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Normala Omar dan anak-anaknya.

Sebelum ini, Zulkifli yang juga bekas Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung serta buah pinggang dan telah beberapa kali dimasukkan ke hospital.

Advertisement

Allahyarham memulakan karier sebagai pelakon melalui filem Jiwa Remaja pada tahun 1975 dan telah muncul dalam lebih sepuluh buah filem serta beratus-ratus drama sepanjang menceburi dunia hiburan.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas Zohor esok.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel