Connect with us

Terkini

Kartunis Popular ‘Jering’ Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

Kartunis Jering yang pernah popular dengan majalah humor terkenal tanah air, Ujang dilaporkan telah meninggal dunia.

Menerusi satu perkongsian oleh Rumah Kartun & Komik Malaysia – MCCH di laman Facebooknya, Kartunis Jering atau nama sebenarnya Nor Azman Mohamad meninggal dunia di Hospital Kajang kira-kira jam 3.30 pagi tadi.



Difahamkan beliau telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak awal bulan ini selepas mengalami koma.

Nor Azman yang menggunakan nama samaran Jering adalah seangkatan dengan nama-nama besar kartunis di majalah lawak popular itu seperti Bijan, Sukun, Ubi, Duku, Halia dan Sireh.

Advertisement

Gambar: Rumah Kartun & Komik Malaysia – MCCH

Kartunis Jering telah kembali ke Rahmatullah.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَاَبْدِلْهُ دَارًاخَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَاَهْلاً خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَاَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَاَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ.
Assalamualaikum.
Dukacita dimaklumkan sahabat kartunis kami Saudara Nor Azman Mohamad atau yang kita kenali sebagai Kartunis Jering, telah kembali ke rahmatullah pada 3:30 pagi tadi.
Semoga Allah mengampunkannya, merahmatinya, menghimpunkan beliau bersama golongan beriman serta mengurniakan SYURGA untuknya.
Jenazah beliau dimandikan dan dikapankan di Hospital Kajang dan disolatkan dirumahnya di Kampung Sungai Jai, Beranang, Selangor.
Alhamdulillah, jenazah selamat dikebumikan jam 11:45 pagi sebentar tadi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kepong, Pekan Beranang, Selangor.
Al-Fatihah (dibaca).

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel