Connect with us

Terkini

Kalau Saya Menteri Kewangan, Hari-Hari Gaduh Dengan DAP, Kata Ahmad Maslan

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan, menafikan beliau menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mendakwa memiliki majoriti untuk menubuhkan kerajaan.

Malah, Ahmad juga menolak ramalan sebuah portal kononnya akan dilantik sebagai Menteri Kewangan 2 dalam kerajaan baharu itu seperti ditularkan, lapor BH Online.



Katanya, tidak mungkin beliau akan bekerjasama dengan DAP kerana laporan itu meletakkan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, sebagai Menteri Kewangan 1.

“Wah, hari-hari akan bergaduh ‘grinning face with smiling eyes’.

Advertisement

Dia nak #SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan), cukai yang terburuk dalam dunia, kuno, orang senang kena tipu, tak telus dan regresif.

“Saya pula #GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), cukai yang terbaik dalam dunia, moden, sukar tipu, telus dan progresif.

“Tak mungkin saya bersama #DAP. Siapa yang ramal ini, gunalah otak sikit,” kata beliau dalam mesej Twitter, semalam.


Menurut ramalan yang menyenaraikan nama anggota Kabinet kononnya di bawah kerajaan baharu itu, jawatan Perdana Menteri disandang Anwar manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi timbalannya.

Selain itu. Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan, manakala Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai Menteri Dalam Negeri.

Advertisement

Anwar kelmarin mendakwa mempunyai majoriti ‘kukuh dan meyakinkan’ bagi membentuk kerajaan.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel