Connect with us

Terkini

Aktiviti Sosial Sewaktu PKP Tidak Dibenar Demi Kekang Penularan COVID-19 – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 11 Jan —  Aktiviti sosial melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan tidak dibenarkan sama sekali semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu penting bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian COVID-19  ini.

“Bagaimanapun bagi Perlis dan Sarawak di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKP-P), aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen tempatan.

Beliau berkata pergerakan rentas negeri sewaktu PKP tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.

Advertisement


Perdana Menteri berkata susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini, operasi sekatan jalan raya akan mula berkuatkuasa pada pukul 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Jan.

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel