Connect with us

Terkini

[VIDEO] Pertemuan Semula Bapa & Anak Akhirnya Membongkar Kisah Sebenar Di Sebalik Perpisahan

Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang di antara ibu bapa kepada anak-anak mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.

Namun begitu, kadang kala terdapat juga anak-anak yang terpaksa berpisah dengan ibu ataupun bapa kerana terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan.

Pasti sukar bagi seorang anak untuk membesar dan menjalani kehidupan tanpa kehadiran mereka dan andai boleh dipertemukan semula, pastinya ia menjadi mimpi yang sangat indah.

Itulah yang dilalui oleh salah seorang peserta rancangan realiti yang dikenali dengan nama Saiful apabila dia akhirnya dipertemukan dengan bapa kandunganya yang telah terpisah sejak dari kecil lagi.

Advertisement

Menerusi video yang dikongsikan semula oleh Abah Tam menerusi akaun TikTok memaparkan sedutan episod rancangan realiti yang bertajuk ‘Mikrofon Impian 2’. Rancangan realiti ini berkonsepkan pertandingan nyanyian dan bertujuan untuk mereliasikan impian para peserta termasuk yang memerlukan bantuan kewangan untuk melunaskan bebanan hutang.



Difahamkan, peserta iaitu Saiful ada meluahkan kepada juri tentang hasratnya untuk mencari bapa kandungnya setelah sekian lama terpisah.

Namun tanpa disangka-sangka, hasrat Saiful akhirnya tercapai selepas pihak produksi membuat kejutan membawa bapa kandung Saiful yang dikenali dengan nama Shamri Parthiban Bin Abdullah ke pentas berkenaan.

Sebaik sahaja tiba di atas pentas, warga emas ini sudah tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sementara Saiful kelihatan terkejut dan seakan tidak percaya selepas mendengar pengakuan lelaki tersebut.

Namun, selepas melihat kad pengenalan lelaki itu, Saiful mengakui dia hanya tahu nama pertama bapanya sahaja.

Advertisement

Malah, apa yang tidak diduga adalah segala maklumat diri dan identiti bapanya diberikan oleh ibu kandung Saiful sendiri.

“Saya sebagai ayah mengikut perkembangan anak-anak saya melalui Facebook. Saya tahu tempat kerja anak saya Natrah. Saya tahu umurnya dan lain-lain. Segala perkembangan Saiful menjadi pemberita, DJ dan sebagainya. Sejak kecil sehingga sekarang.”

Selepas mendengar penjelasan dari bapa, Saiful kemudian bersalaman dan mereka berdua berpelukan melepaskan rindu yang sudah lama terpendam.

@abahtamDari kecik terpisah dengan ayah kandung..macam tak percaya dia dapat jumpa ayah dia😥 #mikrofonimpian2 #fypシ #fyp♬ original sound – Abah Tam


Sumber: Abah Tam

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel