Connect with us

Jenayah

Pengurus Pertubuhan Ikram Didakwa Bunuh Rakan Sekerja

Seorang pengurus Pertubuhan Ikram Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas pertuduhan membunuh rakan sekerja yang mayatnya ditemukan dengan kesan jerutan pada leher di sebuah rumah di Taman Bangi dua minggu lepas.

Hasbullah Ismail, 57, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan majistret Syahrul Sazli Md Sain.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.



Mengikut pertuduhan, Hasbullah didakwa membunuh Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan Ikram Muda Malaysia, Nik Khatijah Nik Mud, 32, di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, antara jam 11 malam pada 5 Mac hingga 3 pagi 6 Mac lalu.

Advertisement

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, pendakwaan dijalankan timbalan pendakwa raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin manakala Abdul Halem Mohamad Husin bertindak mewakili tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 April ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

Baca: Suspek Berusia 57 Tahun Kes Bunuh Nik Khatijah Ditahan

Pada 9 Mac lepas Bernama melaporkan pihak polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang petugas wanita badan bukan kerajaan yang ditemukan dengan kesan jerut dalam sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang.

Advertisement

– Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel