Connect with us

Terkini

Kemungkinan Lebih Ramai Pegawai, Anggota Babit Kes Nicky – Ayob Khan

JOHOR BAHRU, 14 April (Bernama) — Polis Johor tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai pegawai dan anggota polis yang bersekongkol dengan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky, dipercayai diketuai ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ia susulan dari soal siasat dan laporan forensik yang dilakukan oleh pihaknya.

“Pegawai dan anggota berkenaan akan ditangkap sebaik sahaja siasatan selesai dengan bukti yang cukup untuk tindakan diambil di bawah jenayah terancang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.



Bagaimanapun, katanya, senarai nama dan pegawai polis didakwa bersekongkol dengan kumpulan itu tidak akan didedahkan kepada umum.

Advertisement

“Kita di Johor sudah buktikan. Kita sudah tangkap 24 anggota dan pegawai penguat kuasa menerusi Op Benteng dan mereka sudah dituduh di mahkamah.

“Inilah format yang saya gunakan dalam kes Datuk Seri Nicky. Yang pasti apabila siasatan sudah lengkap nanti, tangkapan akan dibuat. Tunggu dan lihat,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Ayob Khan berkata dari Januari lalu sehingga kini, seramai 78 anggota dan pegawai polis telah berdepan tindakan tatatertib termasuk lapan yang telah dibuang kerja.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 30 kertas siasatan turut dibuka membabitkan kesalahan rasuah, dadah, jenayah dan komersial.

“Minggu depan akan ada lagi 12 yang akan dibuang kerja. Tindakan buang kerja melibatkan anggota yang melakukan salah laku, bukanlah satu perkara yang membanggakan. Keutamaan kita ialah membuka kertas siasatan dan mengambil tindakan segera,” katanya.

Advertisement

Sepanjang tahun lepas pula, katanya seramai 92 pegawai dan anggota telah berdepan dengan tindakan tatatertib.

Sumber: BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel