Connect with us

Jenayah

Lelaki Rugi RM127,000 Ditipu Ritual ‘Tarik’ Nombor Ramalan

Polis menahan seorang lelaki dipercayai menjadi dalang sindiket penipuan iklan menawarkan khidmat nombor ramalan 10 tahun lepas, sehingga menyebabkan seorang individu kerugian RM127,120,10.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Pendang, Kedah, semalam dipercayai mengiklankan risalah di sebuah bank di Ampang di Kuala Lunpur pada 2011 sehingga berjaya memperdaya mangsa menyerahkan wang bagi tujuan membeli peralatan sembahyang diperlukan untuk memperoleh nombor ramalan terbabit.

“Lelaki itu ditahan pada 5.39 petang susulan laporan polis dibuat seorang lelaki berumur 59 tahun yag tertarik dengan iklan berkenaan bagi mengubah nasibnya pada 2011.


Advertisement


“Mangsa kemudiannya menghubungi nombor yang tertera di dalam iklan dan telah berurusan dengan seorang individu dikenali dengan nama ‘Master’,” menurut kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Mohamad Farouk berkata mangsa telah membuat bayaran lebih RM127,000 ke dalam akaun atas nama seorang individu bagi membeli peralatan sembahyang serta upacara ritual untuk tujuan mendapatkan nombor ramalan terbabit.

“Mangsa kemudiannya diminta lelaki itu untuk pergi ke sebuah kawasan di Pengkalan Kubor, Kelantan namun mendapati alamat tersebut tidak wujud sekali gus percaya dirinya telah ditipu,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan lanjut juga mendapatisuspek itu turut terlibat dalam kes sama yang disiasat pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Advertisement

– Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel