Wednesday, December 10, 2025

Selepas 72 Jam, Pasukan Pencarian Temui Barang Dipercayai Milik Kapal Selam KRI Nanggala-402 Yang Hilang

April 24, 2021
1 min read

Sejumlah barangan dipercayai milik kapal selam KRI Nanggala-402 milik Tentera laut Indonesia (TNI) yang terputus hubungan sejak Rabu telah dijumpai di kedalaman 850 meter.



Susulan itu, TNI mengesahkan bahawa KRI Nanggala-402 yang hilang di perairan Utara Bali telah tenggelam berdasarkan isyarat subsunk (tenggelam) setelah operasi pencarian dilakukan selama 72 jam.

Menurut Panglima TNI, Hadi Tjahjanto, antara barangan yang dijumpai pasukan pencari ialah bekas pelaras torpedo, paip pendingin, botol berwarna jingga dan sejadah.

“Pagi ini adalah tarikh akhir sokongan langsung dalam bentuk bantuan oksigen di KRI Nanggala selama 72 jam.

”Tentera Laut telah menemui tumpahan minyak dan serpihan yang merupakan bukti sahih bahawa KRI Nanggala telah tenggelam,” katanya.

Sumber: Kompas TV via Awani, Kompas

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh