Friday, December 05, 2025

Dapat Aduan Jiran Anaknya Mencuri, Bapa Ikat Anak Pada Kayu & Lumur Badan Dengan Madu Sebelum Dibiarkan Atas Atap Sebagai Hukuman

June 4, 2021
1 min read

MESIR- Seorang budak berusia tujuh tahun dihukum ayahnya dengan mengikat dirinya pada sebatang kayu dan badannya dilumurkan dengan madu.

Kejadian dilaporkan di Qalyubia, Mesir pada 25 Mei berpunca apabila jiran mereka menuduh budak lelaki itu mencuri seperti yang dilaporkan The Sun.



Al Arabiya melaporkan ayah lelaki itu yang berusia 34 tahun diduga mengikat anaknya pada sebatang kayu dan melumurkan anaknya dengan madu.

Kemudian, budak itu diletakkan diatas atap rumah mereka di Shebin Al-Qanater Center. Budak itu juga dihurung nyamuk dan lebah.

Kompas.com menyatakan laporan terakhir tidak dimaklumkan berapa lama dia dibiarkan di atap.

Seterusnya, ibunya berusia 29 tahun bimbang dengan keadaan anaknya lalu mencari bantuan. Ibu mangsa turut mendedahkan hal sebenar dan pihak berwajib membawa mangsa ke tempat lain.

Justeru, kanak-kanak itu dirawat oleh pakar perubatan bagi mengetahui sejauh mana luka yang dialaminya.


Selain itu, si ibu turut melaporkan perbuatan suaminya yang menyeksa anaknya secara fizikal. Antaranya tidak memberi makan dan minum dalam jangka yang lama.

Namun menurut Gulf News, belum jelas apakah si ayah telah didakwa secara rasmi kerana siasatan masih dijalankan.

Sumber: Kompas.com

HANGAT MINGGU INI

Ayah di Sibolga Tidak Berganjak dari Kawasan Tanah Runtuh Selama Tiga Hari Demi Mencari Puteri Tercinta

SUMATERA UTARA – Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Sibolga meninggalkan kesedihan

Rakyat Thailand Terharu, Bantuan Dari Malaysia Disambut Dengan Penuh Penghargaan

HATYAI – Menerusi beberapa perkongsian di media sosial termasuk Yala Group, kelihatan