Friday, December 05, 2025

9 Penghantar Barang Di Perlis Dikompaun Kerana Tak Pakai Pelitup Muka

June 7, 2021
1 min read

Sembilan pekerja penghantar barang di sebuah premis perniagaan di Jejawi di Perlis hari ini dikenakan kompaun, selepas kesemua mereka didapati tidak memakai pelitup muka, kata Ketua Polis Daerah Arau Supt Nanda Maarof.



Beliau yang mengesahkan kejadian yang tular di media sosial itu berkata, sepasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Arau, telah melakukan pemeriksaan terhadap pekerja penghantar barang di Jejawi, Arau pada 1.30 petang tadi.

“Hasil pemeriksaan mendapati sembilan daripada 40 pekerja tidak memakai pelitup muka,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Nanda berkata, polis terpaksa mengambil tindakan tegas mengeluarkan kompaun RM1,500 bagi sembilan orang pekerja penghantar barang berumur 20 hingga 30 tahun itu, dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan pandemik Covid-19.

Kompaun itu katanya, dikeluarkan mengikut Peraturan 17(1) Akta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.


– Bernama

HANGAT MINGGU INI

Anak Hadiahkan Kereta Baharu Buat Ibu Bapa, “Setiap Lelahmu Tak Mampu Kami Balas”

KUALA LUMPUR – Dalam hidup setiap anak, ada satu impian yang sering

Penjual Donut Dijemput Jadi Tetamu Allah, “Selalu Ada Jalan Untuk Setiap Niat Baik”

KUALA LUMPUR, — Di saat dunia hari ini sarat dengan cerita yang