Connect with us

Terkini

Kantoi Adakan Majlis Perkahwinan Ketika Polis Buat Pemantauan, Keluarga Ini Dikompaun Kerana Langgar SOP

Semalam, sebuah keluarga dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan menganjurkam majlis perkahwinan ketika pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP).

Sebuah rumah yang dipercayai mengadakan aktiviti sosial itu kantoi ketika pasukan polis sedang menjalankan operasi pemantauan SOP di kawasan itu.

Semasa pemeriksaan, pasukan polis mendapati terdapat seramai 20 orang di dalam kediaman itu. Disebabkan itu, tuan rumah dan jurugambar masing-masing dikenakan kompaun RM2,000.



Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, Sikap mereka ini hanya pentingkan diri tanpa menghiraukan situasi terkini. Kedegilan mereka yang tidak patuh SOP menyebabkan usaha bagi menghentikan virus Covid-19 gagal.

Advertisement

“Polis tidak akan berkompromi dan sentiasa akan membuat pemantauan dengan mengambil tindakan kepada mereka yang ingkar.”

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel