Connect with us

Terkini

Covid-19: Hanya Dalam Masa 2 Minggu, 15 Jemaah Masjid Kluster Mahsuri Jitra Meninggal Dunia

Saban hari berlakunya peningkatan kes positif Covid-19 dan pertambahan kes kematian yang dilaporkan mencecah 63 sehari pada 13 Jun 2021. Di Jitra, Kedah seramai 15 jemaah masjid dilaporkan telah sah meninggal dunia akibat Covid-19 ekoran daripada kluster Taman Mahsuri yang merebak pada bulan Mei lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri iaitu Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata kematian tersebut dipercayai berlaku sejak dua minggu lepas susulan jangkitan yang berlaku dalam kalangan jemaah masjid.

“Ya, hingga hari ini sudah 15 orang meninggal dunia, maklumat ini saya perolehi daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah. Virus ini merebak sejak tercetusnya kluster di Taman Mahsuri yang turut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 18 Mei hingga 31 Mei lalu.”

“Kita harapkan virus ini cepat-cepatlah pergi. Kita juga harap orang ramai terus mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin seterusnya kita dapat membentuk imuniti berkelompok.”

Advertisement

Dr Mohd Hayati menyifatkan Covid-19 amat bahaya dan mampu meragut nyawa sesiapa sahaja dalam masa yang singkat. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini melaporkan berlaku peningkatan mendadak dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokasi Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah, Jitra.

Turut tular video berdurasi 32 saat memaparkan wajah individu yang dipercayai ahli jemaah masjid berkenaan yang sudah meninggal dunia.

KKM bagaimanapun sudah melakukan 207 ujian saringan di sembilan kawasan zon merah di Jitra dan mendapati 94 daripada ujian saringan itu dilaporkan sah positif Covid-19.

Sumber: BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel