Connect with us

Global

Kanak-Kanak 7 Tahun Pikul Tanggungjawab Jaga Adik Baru Lahir Lepas Ibu Bapa Maut Akibat Covid-19

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun di India terpaksa menjaga adik lelakinya yang baru lahir secara sendirian.

Menerusi laporan India Times, kisah menyayat hati ini berlaku setelah kedua ibu bapa mereka meninggal dunia akibat COVID-19.

Difahamkan, mendiang bapa kepada kanak-kanak tersebut bernama Kamales.

Manakala, ibu mereka bernama Smita. Kedua-duanya merupakan pejuang COVID-19 yang meninggal dunia kerana virus tersebut.

Advertisement

Sewaktu disahkan positif COVID-19, Smita sedang hamil 9 bulan dan telah dirawat di pusat COVID SCB Medical di Cuttack.

Setelah 7 hari dalam rawatan, Smita selamat melahirkan anak keduanya yang negatif COVID-19.

Namun begitu, dia dilaporkan meninggal dunia setelah genap seminggu melahirkan bayi tersebut.

Sedih selepas pemergian si isteri, Kamales membawa anak-anaknya pulang ke kampung dan menyerahkan mereka kepada abangnya iaitu Debasis serta kakak iparnya supaya boleh membantu mengawasi mereka.

Selepas menghantar anak-anaknya, Kamalesh melakukan ujian calitan COVID-19 dan keputusannya disahkan positif selepas dua kali menjalani ujian tersebut.

Advertisement

Kamalesh ditempatkan di ICU selama dua minggu, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

Rata-rata netizen tersentuh melihat anak kecil itu dan adiknya. Menurut netizen, tidak sampai sebulan kedua-dua mereka menjadi anak yatim piatu.

Mereka turut mengenang nasib bayi yang baru lahir tersebut kerana tidak pernah mengenali kedua orang tuanya.

Menerusi video yang dikongsi oleh KNews Odisha, wajah anak kecil itu kelihatan sedih namun, terpaksa menghiburkan adiknya yang masih bayi itu.

Sumber: India Times

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel