Connect with us

Terkini

Polis Sabah Siasat Wanita Dirakam Tengking Polis Di SJR

Polis menyiasat kejadian melibatkan seorang wanita yang dirakam menengking polis di satu sekatan jalan raya (SJR) di Sabah baru-baru ini.

Dalam video yang tular itu wanita tersebut yang dipercayai seorang usahawan dilihat memarahi beberapa anggota polis trafik di SJR di Kepayan.

Menurut laporan Kosmo!, siasatan menyeluruh akan dijalankan berkaitan rakaman video tular tersebut

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya akan memanggil wanita terbabit untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan menyeluruh membabitkan kedua belah pihak sebelum tindakan lanjut diambil.

Advertisement

“Sekiranya terbukti benar ada anggota polis yang mengeluarkan kenyataan menyinggung perasaan wanita terbabit, kita akan ambil tindakan.

“Tindakan juga akan diambil sekiranya terbukti wanita itu menjadi punca ketegangan yang berlaku di SJR berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan polis tidak sepatutnya mengeluarkan saman berikutan cukai jalan berkenaan tidak dapat diperbaharui ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Hazani berkata, cukai jalan kenderaan wanita berkenaan tamat sejak awal tahun ini.

“Perkara itu tidak dapat diterima kerana penguatkuasaan PKP pernah dihentikan dua kali sebelum ini. Walaupun cukai jalan tidak boleh diperbaharui, mengapa insurans kenderaan tidak diperbaharui,” katanya.

Sumber: Kosmo!

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel