Connect with us

Terkini

Khairy Mengucapkan Terima Kasih Kerana Diberi Peluang Berkhidmat Untuk Negara

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengesahkan barisan Jemaah Kabinet telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, ketika mengesahkan tindakan itu, menzahirkan penghargaan atas peluang yang diberi untuk berkhidmat kepada negara.

“Kabinet sudah menyerah peletakan jawatan kami kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Terima kasih atas peluang diberikan untuk berkhidmat kepada negara. Semoga Tuhan merahmati Malaysia,” katanya ringkas dalam status Instagram hari ini.

Advertisement

Terdahulu, Khairy bersama barisan Kabinet menghadiri mesyuarat khas yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Seri Perdana, Putrajaya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel