Connect with us

Global

Lemparan Botol Minuman Menjadi Punca Pergaduhan

Seorang pemain bola sepak terkenal, Dimitri Payet telah mencampakkan semula botol minuman ke arah penyokong sehingga menjadi punca pergaduhan. Hal ini menyebabkan perlawanan Ligue 1 antara Nice dan Marseille terpaksa ditangguhkan.

Satu klip video menunjukkan Payet diserang oleh penonton yang mencampakkan botol air dari arah belakangnya berhampiran di penjuru padang.

Bintang terkenal Marsielle itu kemudian bertindak melemparkan semula botol tersebut ke penyokong sebelum berlaku pergaduhan antara penyokong mencampakkan objek ke arah pemain lain.

Perkara itu menyebabkan para penonton bertindak turun ke padang perlawanan dan mencetuskan huru-hara sehingga membuat pengadil mengambil keputusan untuk menangguhkan perlawanan tersebut. Pihak keselamatan mengambil alih untuk memulihkan keadaan tersebut.

Advertisement

Justeru, kedua-dua pihak pasukan telah di bawa ke bilik persalinan untuk menyambung semula perlawanan, namun masih terdapat penyokong yang tidak keluar dari padang tersebut sehinggakan pengadil membuat keputusan untuk menghentikan perlawanan pada hari itu.

Bagaimanapun, dalam satu laporan menunjukkan dua orang pemain Marseille mengalami kecederaan pada leher akibat pergaduhan tersebut.

 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel