Connect with us

Global

‘Kuali Gergasi’ Tertanam Dalam Tanah Ditemui Di Jogja

Satu objek berbentuk ‘kuali besar’ dilaporkan telah ditemui oleh penduduk di Kretek Jambidan,Jogjakarta.

Objek itu berjaya diangkat ke tanah setelah tertanam sedalam kira-kira tiga meter.

Supardi, penyewa tanah di kawasan itu mengatakan bahawa kuali tersebut ditemukann pada Selasa lalu ketika salah seorang pekerja sedang melakukan penggalian di kawasan tanah di situ yang dirancang untuk dijadikan sebagai ladang.

Namun begitu, Supardi percaya bahawa objek tersebut bukanlah sebuah peralatan memasak tetapi ia merupakan pangkalan pam air yang telah digunakan sejak zaman penjajahan Belanda.

Advertisement

“Daerah di sini namanya Kompan, kenapa Kompan? Kerana sejarah dulu memperlihatkan Belanda mengepam air dari sini ke barat.”

“Jadi ini bukan alat penggorengan untuk memasak tetapi pangkalan pam,” kata Supardi.

Tambahnya, wilayah itu juga pernah dikenali sebagai kawasan penanaman tebu. Belanda biasanya membina pam air di kawasan itu untuk mengairi kawasan ladang.

Pada tahun 1980, kerajaan dan penduduk tempatan telah merancang untuk mengaktifkan semula sistem pengepaman ini dengan mengambil air dari sungai untuk tujuan pengairan. Namun rancangan itu gagal diteruskan kerana air tidak dapat mengalir ke semua kawasan.

“Objek warisan Belanda dengan diameter 2.75 meter akhirnya diputuskan untuk ‘dikuburkan’ bersama dengan kolam di sekitarnya,” kata Supardi.

Advertisement

Sementara itu, ketua kampung, Riyan Hidayat juga mengesyaki bahawa objek itu merupakan peninggalan zaman Belanda berdasarkan catatan sejarah yang sama sekali tidak menunjukkan bukti bahawa adanya kerajaan purba di Jambidan.

Penemuan ‘kuali gergasi’ itu menarik perhatian penduduk kampung dengan ramai di antara mereka yang berkunjung untuk melihat kuali itu.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel