Connect with us

Hiburan

“Merendah Diri Walaupun Muka…”

Pengarah terkenal Mamat Khalid yang berpeluang bertemu empat mata dengan personaliti media sosial Azman Naim 44 Mantra. Dia berkata peribadi lelaki tersebut telah menarik minatnya untuk bekerjasama dengan lebih lagi pada masa akan datang.

Mamat yang dihubungi media baru-baru ini turut meluahkan hasrat untuk mengambil penyanyi lagu parodi PKP itu untuk bekerjasama dalam sebuah projek khas. Ini selepas dia yakin Azman sangat berbakat dan istimewa dari apa yang dapat dilihat dari perkongsianya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mamat Khalid (@khalidmamat)

Advertisement


Tambah Mamat lagi, gaya Azman yang ‘selenga’ dengan mata yang langsung tidak berkedip itu membuatkan Azman mampu membawa satu karakter baru yang bagus.

“Pertama kali jumpa dia depan mata, yang buat saya betul-betul terpikat adalah adab yang ditunjukkan. Azman sangat-sangat beradab, ‘cool’ dan merendah diri walaupun muka dia ‘pecah rumah’. Dia sangat istimewa dan tak sabar untuk tonjolkan keistimewaanyang ada pada dirinya dalam karya-karya saya berikutnya.”

Ujar pengarah drama Hantu Kak Limah Balik Rumah ini lagi, keperibadian Azman yang tertib dan budi bicara yang baik menjadikan Mamat lebih tertarik untuk bekerjasama dengannya.

Mamat juga turut memaklumkan watak baru untuk Azman akan diwujudkan. Azman akan menjadi adik kepada watak Cik Purnama lakonan Dewa Sapri dalam ‘universe’ (galaksi) Kampong Pisang.

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by AZMAN NAIM 44 MANTRA (@azmannaim44mantra)


Terdahulu, nama Azman menjadi sebutan netizen apabila nyanyian parodinya di Instagram berkenaan PKP menjadi tular di media sosial.

Ia kemudian mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail yang turut memuji dan mengulang siar video nyanyi Azman iaitu lagu My Way nyanyian Frank Sinatra dalam Instagram milik Tunku.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel