Connect with us

Global

Penghuni Temui Patung Seram Dengan ‘Surat Misteri’

Seorang guru sekolah di United Kingdom telah menemukan satu penemuan yang misteri setelah dia memperoleh rumah barunya.

Pada mulanya, Jonathan Lewis yang berusia 32 tahun ini terlihat terdapat satu wayar keluar dari dinding yang pemilik sebelum ini meletakkan peti ais di situ.

Oleh kerana dia tidak dapat mengenal pasti wayar itu, dia memecahkan dinding yang diperbuat daripada papar eternit (plasterboard) yang terletak di bawah tangga.

Menurut Mothership, dia telah menemukan satu anak patung kain yang sedang duduk di ruangan itu setelah dia memecahkan dinding itu.

Advertisement
Gambar: Mothership

Perkara lebih menyeramkan apabila di pangkuan patung itu terdapat nota yang mengatakan bahawa nama anak patung itu adalah “Emily” dan pemilik asalnya tinggal di rumah itu pada tahun 1961.

Nota itu juga mengatakan bahawa patung itu tidak menyukai pemiliknya, “maka mereka harus pergi“. Nota itu ditulis dengan pensil pada sehelai kertas foolscap.

Gambar: Mothership

Berikut merupakan catatan penuh nota itu:

“‘Pembaca yang dihormati / pemilik rumah baru, terima kasih kerana membebaskan saya! Nama saya Emily. Pemilik asal saya tinggal di rumah ini pada tahun 1961. Saya tidak suka mereka sehingga mereka harus pergi. Yang mereka lakukan hanyalah menyanyi dan bergembira. Itu sangat menyakitkan. Menikam adalah pilihan kematian saya untuk mereka jadi saya harap anda mempunyai pisau. Semoga anda tidur lena.”

Rakan Lewis menyuruhnya untuk berpindah dari rumah itu. Namun, Lewis yakin bahawa penemuan yang menyeramkan ini hanyalah sebuah gurauan.

Gambar: Mothership

Lewis juga menjelaskan bahawa ejen harta tanah rumah itu memberitahunya bahawa dapur itu baru dibuat empat atau lima tahun yang lalu. Tambahan pula, dia mengesyaki bahawa nota itu telah ditinggalkan di ruang itu kerana kertas itu tidak kelihatan terlalu lama.

Ternyata tekaan Lewis adalah betul setelah pemilik rumah menjelaskan bahawa dialah yang meninggalkan anak patung dan nota itu di belakang dinding.

Wanita itu memberitahu semasa mereka membaiki ruangan dapur mereka pada tahun 2015, dia merasakan ia “idea yang sangat lucu” setelah beberapa gelas wain yang diminum.

Advertisement

Salah seorang dari mereka menulis nota itu dan memasukkannya ke dinding. Kemudian, setelah mereka pindah, mereka lupa mengenai nota itu.

Wanita itu menambah bahawa mereka tidak mempunyai niat jahat. Dia juga menambah bahawa keluarga sebelum ini telah tinggal di sana selama 25 tahun dan mereka tidak alami sebarang peristiwa menakutkan kecuali kenangan gembira di sana.

Dia juga menjelaskan bahawa rumah itu dibina pada tahun 1964 dan satu-satunya perkara yang mati di rumah tersebut ialah hamster dan beberapa ekor ikan.

Sumber: Mothership

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel