Connect with us

Jenayah

Ibu Menyusul Buat Sumpah Laknat, Anak Perempuan Mangsa Seksual Pendakwah Terkenal

Selepas video seorang lelaki didakwa abang mangsa gangguan seksual membuat sumpah laknat, kini ibu mangsa pula melafazkan sumpah tersebut.

Video sumpah laknat berdurasi 49 saat itu didedahkan kepada orang ramai menerusi Telegram Firdaus Wong Wai Hung yang sebelum ini begitu lantang mendedahkan isu kontroversi melibatkan penceramah terkenal terbabit.

Menerusi video itu, wanita berkenaan bersumpah dengan nama Allah bahawa anak perempuannya mengalami kemurungan dan cuba membunuh diri selepas diganggu penceramah terkenal terbabit.

“Bismillahirahmanirahim, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya bersumpah dengan nama Allah bahawa anak saya mengalami kemurungan dan cuba membunuh diri setelah (individu itu) melakukan perbuatan terkutuk menerusi WhatsApp dan panggilan video terhadap anak saya.

Advertisement

Ibu mangsa mengizinkan saya untuk berkongsikan pula video mubahalah (sumpah laknat) dia yang bersumpah dengan nama ALLAH bahawa anaknya menerima mesej dan panggilan video lucah daripada pendakwah berkenaan.

Mereka mengizinkan kerana mereka mahu memberikan kesedaran kepada masyarakat yang perkara itu memang berlaku.

Mereka juga mahu menggalakkan lebih ramai untuk menyokong ahli keluarga mereka yang mungkin pernah menjadi mangsa gangguan seksual agar berani tampil membuat laporan polis, katanya menerusi satu hantaran di media sosial pada Sabtu.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan seorang lelaki yang mengaku sebagai abang kepada mangsa membuat sumpah laknat mendakwa adiknya diganggu secara seksual oleh pendakwah terkenal berkenaan.

Dalam klip video berkenaan, lelaki tersebut mendakwa adiknya mengalami kemurungan dan tekanan perasaan malah cuba membunuh diri susulan menerima gangguan seksual menerusi aplikasi WhatsApp dan panggilan video daripada individu terbabit.

Advertisement

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel