Connect with us

Global

Ditemui Selepas 6 Hari Hilang Di Gunung, Remaja Kata Hanya Hilang Beberapa Jam & Ada Nenek Bagi Makan

Seorang pemuda berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang sewaktu mendaki Gunung Guntur, Garut, Jawa Barat, Indonesia ditemui selamat selepas 6 hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Muhammad Gibran Arrasyid telah dilaporkan hilang selama enam hari sejak 19 September 2021 sewaktu mendaki gunung tersebut bersama rakan-rakannya.

Anehnya, Gibran mendakwa bahawa sewaktu dia dilaporkan hilang itu, dia tidak pernah merasai waktu malam.

Selain daripada itu, Gibran juga mengakui bahawa dia hanya terpisah dari rakan-rakannya selama beberapa jam sahaja dan bukannya selama enam hari.

Advertisement

Pengakuan mengejutkan Gibran ini telah dinyatakan oleh Ketua Komando Tentera Daerah Tarogong (Koramil), Kapten Infantri Dedi Saepuloh, yang mengakui telah melakukan soal siasat secara langsung dengan Gibran tak lama selepas dia ditemui.

“Tadi saya sempat berbual dengannya (Gibran). Dia mengakui bahawa selama dia hilang, dia tidak pernah merasai waktu malam. Hanya waktu siang sahaja. Dia juga menyatakan bahawa dia hanya terpisah selama beberapa jam sahaja daripada rakan-rakannya yang melakukan pendakian,” kata Dedi.

Ketika ditemui di kawasan Gunung Guntur sewaktu operasi mencari dan menyelamat dilakukan pada Jumaat, 24 September 2021, Dedi memberitahu bahawa Gibran juga turut menyatakan beberapa perkara aneh yang lain.

Dedi mengakui bahawa secara logiknya, perkara itu tidak masuk akal.

Selama dia berada di ‘alam lain’, Gibran merasakan bahawa dia tidak keseorangan, kerana ada orang lain yang menemaninya sehinggakan dia tidak berasa kesepian walaupun terpisah daripada rakan-rakannya.

Advertisement

Dedi menambah bahawa ketika ditanya berkenaan adakah dia tidak lapar mahu pun dahaga kerana telah hilang selama enam hari. Gibran mengakui yang dia tidak langsung berasa lapar atau dahaga.

Menurutnya, ketika dia hilang itu, ada orang yang telah memberinya makanan dan minuman kepadanya.

“Gibran juga sempat memberitahu kepada saya tadi bahawa dia mulai rasa seakan berada di alam lain sejurus selepas dia keluar dari khemahnya beberapa saat setelah rakan-rakannya meneruskan perjalanan naik ke puncak gunung,” kata Dedi.

Pada ketika itu, dia hendak membuang air kecil, lalu dia pun keluar dari khemahnya.

“Tetapi tiba-tiba dia berasakan bahawa dia seperti telah berada di alam lain,” katanya.

Advertisement

Namun, Dedi menyatakan di alam yang berbeza, Gibran merasakan bahawa waktu tidak berjalan dengan cepat, kerana dia tahu-tahu sudah enam hari dia hilang.

Dia berasakan bahawa baru hanya beberapa jam sahaja dia hilang, dan dia juga tidak pernah merasai waktu malam selama dia hilang itu. Di alam itu, Gibran juga nampak ramai orang, dan tiga orang wanita telah menawarkan makanan dan minuman kepadanya sehinggakan dia berasa seronok dan selesa.

“Ada yang menawarkan makanan, menunya adalah nasi ikan, ada tiga orang. Wanita itu sudah tua, saya sempat diajak bermain, kemudian saya jatuh,” ujar Gibran.

“Hanya itu sahaja yang sempat kami berbual. Tidak lama setelah ditemui dan diselamatkan, Gibran harus dibawa segera ke Pusat Kesihatan Tarogong untuk menjalani pemeriksaan kesihatan,” kata Dedi.

Dedi menyatakan bahawa kehilangan pendaki di Gunung Guntur itu bukanlah yang kali pertama terjadi. Sebelum ini, terdapat juga seorang pendaki yang dilaporkan hilang di situ.

Advertisement

Pasukan Search and Rescue (SAR) yang melakukan pencarian pada ketika itu telah berjaya menemui pendaki tersebut pada hari ketiga kehilangannya.

Ianya juga pernah berlaku dalam kes yang sama yang pernah terjadi sebanyak beberapa kali di kawasan tersebut. Penduduk setempat difahamkan gempar kerana Gibran hilang selama enam hari.

Hasil kerjasama dan pertolongan daripada pelbagai pihak termasuk penduduk setempat, Gibran akhirnya berjaya ditemui di kawasan Curug Cikoneng.

Menurut Dedi, apa yang terjadi kepada Gibran tak jauh beza dengan apa yang terjadi pada pendaki lain yang pernah dilaporkan hilang di Gunung Guntur sebelum ini.

Pendaki tersebut juga secara tiba-tiba berasa seakan berada di alam lain setelah terpisah dengan rakan-rakannya. Pendaki itu juga turut mendakwa bahawa dia cuma hilang selama beberapa jam sahaja padahal sebenarnya dia hilang selama tiga hari.

Advertisement

“Pada masa itu, penduduk setempat juga menemui pendaki tersebut di daerah Curug Cikoneng. Bezanya, Gibran ditemui selepas enam hari dan masih lengkap berpakaian. Pendaki itu pula ditemui setelah tiga hari dalam keadaan telanjang namun selamat,” katanya.

Dedi juga turut memuji sikap penduduk setempat yang selalu menawarkan pertolongan untuk ikut serta mencari mana-mana pendaki yang dilaporkan hilang.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel