Connect with us

Global

Lelaki Mahu Cerai Isteri Talak 3 Kerana ‘Malas’ Mandi

Seorang suami di Uttar Pradesh, India dilapor tekad mahu menceraikan isterinya dengan talak tiga gara-gara pasangannya itu didakwa tidak mahu mandi setiap hari.

Tidak cukup dengan itu, isterinya juga dikatakan agak keras kepala kerana setiap kali diminta untuk mandi, dia pasti akan ‘melenting’ hingga menyebabkan kedua-duanya bergaduh.

Seorang kaunselor di Sel Perlindungan Wanita Aligarh memberitahu, suami berkenaan asyik berulang-ulang menyebut mahu menamatkan rumah tangganya semasa dalam sesi kaunseling.

“Dia juga beri merayu kepada kami supaya membantu proses penceraian isterinya kerana wanita itu tidak mahu mandi setiap hari,” katanya, memetik laporan Oddity Central.

Advertisement

Difahamkan, pasangan terbabit mempunyai seorang anak kecil yang baru berusia lebih kurang setahun.

Dalam pada itu, pihak sel perlindungan wanita tersebut turut menerima satu keluhan bertulis daripada isteri lelaki berkenaan tentang penceraian mereka.

Bagaimanapun, si isteri tersebut tidak bersetuju dengan keputusan suaminya, sebaliknya didakwa mahu mengekalkan perkahwinan mereka.

“Kami memberikan kaunseling kepada pasangan tersebut serta ibu bapanya demi menyelamatkan perkahwinan mereka.

“Kami (juga) telah cuba beri kaunseling kepada suami berkenaan supaya tidak menceraikan isterinya ini kerana ia (masalah tidak mandi) hanyalah masalah kecil sahaja dan boleh diselesaikan.

Advertisement

“Kami juga cuba buat dia faham bahawa sesuatu penceraian yang berlaku itu akan memberi kesan buruk kepada pembesaran anak-anak mereka,” kata kaunselor itu lagi.

Dalam pada itu, disebabkan alasan penceraian itu tidak bersandar pada mana-mana kes keganasan mahupun jenayah ke atas wanita, maka petisyen isteri tersebut untuk mendapat perlindungan di sel perlindungan  wanita itu tidak dapat diteruskan.

Namun badan organinasi berkenaan masih optimis bahawa pasangan suami isteri itu akan mampu perbaiki semula keretakan hubungan mereka dengan bantuan pihak kaunseling.

Sumber: Oddity Central

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel