Connect with us

Hiburan

Kesihatan Merosot, Elyana Dicadang Guna Ubat Khas, Harga RM50k Satu Rawatan

Menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu, penyanyi, Elyana kembali mendapatkan rawatan berikutan tahap kesihatan yang semakin merosot.

Berkongsi mengenai keadaan kesihatan kini, Elyana memberitahu dia mengalami beberapa kesan sampingan selepas menjalani sesi pertama rawatan kimoterapi minggu lalu. Antara kesan tersebut adalah rabun yang teruk.

Kata penyanyi Kalis Rindu ini lagi, badannya menjadi agak lemah serta perut mengeras menyebabkan pernafasannya terganggu. Malah, dia juga mengalami pening kepala disebabkan penglihatan yang kabur.

Dalam perkembangan lain, Elyana atau nama sebenarnya Emeelya Elyana Emrizal berkata dia dicadangkan doktor untuk menggunakan satu ubat khas dalam sesi kedua rawatan kimoterapi Jumaat ini.

Advertisement

Katanya lagi, ubat khas itu agak mahal harganya iaitu mencecah sehingga RM50,000. Ianya perlu digunakan untuk lima kali rawatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

“Saya kini dalam perbincangan dengan pihak pengeluar ubat itu mengenai harga atau mendapatkan tajaan separuh harga.

Advertisement

Memang pening kepala juga sebab dalam keadaan sekarang, saya sebagai artis pun tak dapat bekerja seperti sebelum ini. Jadi, punca pendapatan terjejas.”

Elyana yang terjejas pendapatan akibat pandemik memberitahu kos rawatan yang tinggi sedikit menggusarkan hatinya.

Sumber: Harian Metro & Instagram Elyana

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel