Connect with us

Politik

‘DUN Melaka Bubar, Pilihan Raya Dalam Tempoh 60 Hari’

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan dan pilihan raya negeri akan diadakan selepas Ketua Menteri Sulaiman Md Ali hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu.

Pembubaran itu diumumkan Yang Dipertua DUN Ab Rauf Yusoh sebentar tadi, sehari selepas empat ADUN Melaka termasuk bekas Ketua Menteri Idris Haron menarik balik sokongan terhadap Sulaiman.

Pembubaran itu yang dipersetujui oleh Yang Dipertua Negeri, Mohd Ali Rustam, dilihat sebagai jalan keluar untuk mengatasi kemelut politik berkenaan dan membentuk kerajaan negeri baharu menerusi pilihan raya.

“Susulan sidang media penarikan sokongan semalam, Ketua Menteri telah utus surat kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka untuk memaklumkan bahawa empat orang Ahli Yang Berhormat tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri Melaka.

Advertisement

“Seterusnya pada masa sama beliau minta perkenan Yang di-Pertua Negeri untuk bubarkan DUN Melaka yang ke-14.

“Sehubungan itu, Yang di-Pertua Negeri Melaka telah buat pertimbangan dan bersetuju untuk bubar DUN Melaka ke-14. Proklamasi pembubaran DUN Melaka yang ke-14 akan diwartakan hari ini,” katanya dalam satu sidang media khas hari ini.

Sementata itu, Rauf berkata, tempoh untuk diadakan PRN Melaka diserahkan kepada SPR.

Beliau juga berkata, terpulang kepada SPR untuk mencadangkan kaedah prosedur operasi standard (SOP) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengadakan PRN di Melaka.

“Buat masa ini kerajaan negeri sedia ada akan jadi ‘caretaker’ sehingga PRN diadakan,” katanya.

Advertisement

Semalam, kerajaan negeri Melaka yang diketuai Ketua Menteri Sulaiman Md Ali tumbang.

Dalam satu sidang media, bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron daripada Umno bersama tiga lagi ADUN mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Tiga lagi ADUN yang dilihat hadir pada sidang media adalah ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Nor Azman Hassan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel