Connect with us

Viral

“Harap bersabar kawan” – Pilu Nampak Tunang Naik Kereta Lelaki Lain, Pemuda Ini Terkedu Hanya Mampu Pura-Pura Senyum

Kata orang, banyak ujian perlu dihadapi setiap pasangan lebih-lebih lagi apabila sudah masuk ke fasa pertunangan. Dugaan yang datang pula bukannya ‘biasa-biasa’, paling takut bila hati tiba-tiba mulai berubah tersuka kepada orang lain.

‘Member’ singgah stesen minyak masa ‘on the way’ pergi kerja

Hati mana yang tidak pedih bila ternampak tunang keluar berduaan dengan orang lain, apalagi depan mata sendiri. Itulah yang terjadi kepada seorang pemuda di mana kisahnya tular di aplikasi TikTok baru-baru ini. Menurut saudara Faizol, kejadian berlaku kebetulan sewaktu rakannya singgah ke sebuah stesen minyak ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Pergi Kerja Singgah Stesen Minyak, Pilu Nampak Tunang Naik Kereta Lelaki Lain

Tiba-tiba nampak tunang dari jauh naik kereta dengan lelaki lain…sedih dalam pilu

Tidak disangka-sangka, dari jauh dia ternampak tunangnya sedang berada dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki lain. Dia malah dikatakan agak terkedu dan hingga buntu apakah reaksi yang seharusnya diberikan ketika itu. Biarpun tidak dapat menahan rasa sedih sehingga beberapa kali mengesat air mata, namun pemuda berkenaan tetap melemparkan senyuman kepada rakannya.

“Ceritanya begini, kawanku nak pergi kerja. Isi minyak kat Petronas. Tiba-tiba terjumpa tunang dia dengan lelaki lain. Dia nampak dari jauh. Dia tak tahu nak buat apa. Harap bersabar kawan”

Advertisement
@faizolpejo42Harap bersabar kawan 🤲😢#fyp #foryou♬ semangat ngontennya – SR.Kimz`ˢᵃⁿˢ

Lelaki kalau menangis tandanya memang betul-betul sayang…harap kuat, setia pada yang menghargai

Rakaman itu bukan saja meraih lebih 700 ribu views, malah meruntun jiwa netizen apabila lelaki tersebut menangis kenangkan tunangnya. Di samping mendoakannya agar jumpa pengganti yang lebih baik, mereka turut berkongsi kisah dugaan tunang masing-masing.

Pergi Kerja Singgah Stesen Minyak, Pilu Nampak Tunang Naik Kereta Lelaki Lain

Pergi Kerja Singgah Stesen Minyak, Pilu Nampak Tunang Naik Kereta Lelaki Lain

Pergi Kerja Singgah Stesen Minyak, Pilu Nampak Tunang Naik Kereta Lelaki Lain

Pergi Kerja Singgah Stesen Minyak, Pilu Nampak Tunang Naik Kereta Lelaki Lain

Pergi Kerja Singgah Stesen Minyak, Pilu Nampak Tunang Naik Kereta Lelaki Lain

Sumber: TikTok faizolpejo42

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel