Connect with us

Viral

Lelaki Minta Maaf, Akui Tersilap Viralkan Foto Wanita Tunduk Di Peha Pemandu Myvi

Menerusi satu perkongsian yang tular di laman Twitter Jabatan Netizen Negara, seorang pengguna media sosial telah menghantar beberapa keping gambar pasangan lelaki dan perempuan di dalam sebuah kereta Perodua Myvi dalam keadaan mencuringakan.

Gambar tersebut yang diambil di lampu isyarat Taman Sejati, Sungai Petani, Kedah menjadi tular apabila seorang perempuan bertudung kelihatan sedang berbaring di peha pemandu.

Walaupun tidak dapat dipastikan ‘aktiviti’ yang sedang dilakukan, namun menerusi ruangan komen ramai yang mulai berandai-andai berkenaan gambar yang viral itu.

Minta maaf sebab viralkan sesuka hati

Sedar akan keterlanjuran menularkan gambarserta nombor plat kereta tersebut, Shahzuwan Emilia telah menulis di ruangan Facebooknya dengan memohon maaf diatas tindakan tersebut.

Advertisement

Dia memaklumkan telah dihubungi pemandu kenderaan itu dengan menyatakan hal sebenar iaitu wanita terbabit tunduk ke peha pemandu bertujuan untuk mengambil barang yang jatuh.

Menurutnya lagi, dia selaku individu yang menularkan gambar berkenaan memohon maaf kepada pemandu Myvi berkenaan kerana telah mengundang fitnah setelah hal berkenaan viral di media sosial.

Sedar akan kesalahan yang dilakukan, dia berharap agar orang ramai yang telah berkongsi semula gambar tersebut untuk memadamkannya kerana salah faham yang berlaku antara mereka sudah diselesaikan.

Dia dan individu yang ditularkan itu juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika masih ada pihak yang cuba untuk menaikkan semula hal terbabit ke media sosial sehingga mencetuskan perbalahan sesama warganet.

Sumber: Twitter @jnmalaysia, Facebook Shahzuwan Emilia

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel