Connect with us

Jenayah

Kesian Abang ‘Rider’ Niat Nak Keluarkan Duit, Sekali Terkurung Pula Dalam Bank

Seorang pemuda berusia 18 tahun dilaporkan terperangkap dalam sebuah bank di Tanjong Karang, Kuala Selangor, malam tadi.

Umum diketahui terdapat beberapa cawangan ATM juga beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 11.55 malam. Pintu ruangan pada mesin ATM di mana-mana bank juga akan tertutup secara sendiri apabila sudah melewati jam 12 malam.

Oleh sebab itu, terdapat juga kejadian sebelum ini pernah berlaku apabila beberapa individu yang pernah terperangkap dalam bank dan hanya boleh keluar keesokan harinya.

Individu tersebut yang juga merupakan seorang penghantar makanan dilaporkan telah ‘terkurung’ selama 15 minit di bahagian ATM selepas pintunya terkunci secara automatik.

Advertisement

Memetik laporan Kosmo, kejadian dikatakan berlaku kira-kira 12.31 tengah malam tadi semasa remaja tersebut ingin mengeluarkan sejumlah wang.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.41 pagi.

Menurutnya, seramai empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Tanjong Karang telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba seminit selepas menerima panggilan.

“Berdasarkan maklumat awal mendapati mangsa datang ke bank tersebut bagi mengeluarkan wang dari mesin ATM tersebut dan kemudiannya pintu di ruangan mesin ATM itu terkunci secara automatik.”

Tambahnya lagi, proses mengeluarkan mangsa dari kawasan tersebut berjaya tanpa berlakunya sebarang kecederaan terhadap mangsa.

Advertisement

Tambahnya lagi, proses mengeluarkan mangsa dari kawasan tersebut berjaya tanpa berlakunya sebarang kecederaan terhadap mangsa.

“Pasukan bomba kemudiannya menghubungi pihak bank sebelum mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan dengan bantuan daripada pegawai bank tersebut.”

Norazam Khamis berkata, tiada sebarang kerosakan pada pintu automatik tersebut dan operasi mengeluarkan mangsa tamat pada pukul 12.46 pagi.

Kredit: Kosmo

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel