Connect with us

Terkini

Nak ‘Order’ Di Kaunter Drive-Thru Tapi Tak Boleh, Wanita OKU Kecewa Rasa Hak Diketepikan

Kebiasaannya Orang Kelainan Upaya (OKU) berupaya melakukan aktiviti harian secara sendiri namun jika terdapat beberapa kekangan mereka juga perlu untuk meminta pertolongan daripada orang sekeliling bagi memudahkan urusan.

Menerusi perkongsian yang tular oleh seorang wanita OKU kategori pekak dan bisu apabila dia mengalami kesukaran ketika berada di kaunter drive-thru sebuah restoran makanan segera.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aira_meor, dia telah menzahirkan rasa kecewa apabila haknya diketepikan ketika mahu membuat pesanan.

Individu pekak & bisu layak untuk dapat hak yang sama

Oleh itu dia menyarankan agar restoran makanan segera tersebut menaiktaraf perkhidmatan agar ‘mesra OKU’ sepertinya kerana ia sangat menyusahkan mereka yang pekak dan bisu ketika mahu membuat drive-thru.

Advertisement

Kelihatan sebak ketika menceritakan kejadian tersebut, videonya itu juga telah dikongsikan di platform media sosial yang lain seperti Twitter sehingga mendapat perhatian ramai.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen menyokong wanita OKU itu dan setuju dengan saranannya supaya pihak restoran menaiktarafkan kemudahan buat golongan seperti mereka.

Pihak restoran makanan segera bagaimanapun telah segera memohon maaf diatas insiden yang terjadi kepada @aira_meor. Pihak mereka berjanji akan mengambil tindakan untuk perkara tersebut.

Advertisement

Pengguna TikTok itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada warganet diatas sokongan dan berharap agar bahasa isyarat diajar di sekolah pada masa hadapan.

 

Sumber: TikTok @aira_meor

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel