Connect with us

Terkini

“Sepanjang Perjalanan Saya Baca Yasin,” – Ibu Zulfarhan Sebak, Harap Anak Dapat Pembelaan Sewajarnya

Hari ini merupakan hari penentu kepada kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, di mana nasib 18 penuntut UPNM yang terlibat membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Allahyarham bakal terjawab.

Menurut laporan Astro Awani, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada jam 10 pagi ini.

Ibu kepada Allahyarham Zulfarhan, Hawa Osman ketika ditemui Bernama di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini tidak dapat menahan sebak dan berharap arwah anaknya mendapat pembelaan sewajarnya.

“Saya ada buat sembahyang hajat dan sepanjang perjalanan saya baca surah Yasin

Advertisement

“Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga dan Allah makbulkan permintaan kami supaya Zulfarhan Osman mendapat pembelaan yang sewajarnya,” kata ibu Allahyarham Zulfarhan, penuntut UPNM yang disahkan meninggal dunia pada 1 Jun 2017.

Memetik laporan Astro Awani, bapa mangsa turut mengaku mengalami sakit jantung kerana terlampau penat setelah empat tahun berulang alik ke mahkamah menguruskan kes pembelaan terhadap anaknya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel