Connect with us

Viral

Insiden Siakap Mahal Di Langkawi: Pelanggan Pula Tampil Beri Penjelasan, Nafi Dakwaan Pihak Kedai

Tular baru-baru ini dimedia sosial mengenai harga hidangan siakap sebuah restoran di Langkawi yang dikatakan tidak masuk akal.

Tidak hanya mendiamkan diri, pemilik restoran tampil mendakwa pelanggan sendiri yang memilih ikan tersebut meskipun sudah diberitahu mengenai saiz ikan.

Terkini, pelanggan terbabit pula tampil menjelaskan tujuan sebenar dia memuat naik posting tersebut pada awalnya. Katanya, perkongsian yang dibuat pada 4 November lalu adalah sekadar peringatan bukannya untuk meraih publisiti.

Dia turut menafikan beberapa dakwaan yang dibuat pihak kedai kepada media. Pelanggan berkata, tiada langsung makluman kepada pihaknya bahawa ikan tersebut adalah ikan pameran dan kebiasaannya tidak dijual.

Advertisement
siakap

Individu ini berpendapat apa yang berlaku adalah mengelirukan pihaknya. Dia turut mendapati ramai pelanggan menghadapi pengalaman hampir sama berdasarkan beberapa posting tular di laman sosial.

siakap langkawi

Katanya lagi, dia sebagai pelanggan telah membuat aduan kepada KPDNKHEP dan bersedia memberi penjelasan tambahan jika diperlukan. Dia akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk menyelesaikan isu yang timbul.

Individu ini turut berharap apa yang terjadi dijadikan pengajaran bukan sahaja untuk dirinya bahkan masyarakat yang lain.

Melalui perkongsian video dilaman sosial, ini merupakan penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus berkenaan isu ikan siakap tersebut.

 

Kredit: Facebook mfaris.zul

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel