Connect with us

Hiburan

Kes Pukul: Awie Diarah Bayar Ganti Rugi RM 80,000 Kepada Bekas Isteri

Siapa tidak kenal dengan penyanyi rock dan pelakon popular Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman. Tapi mungkin ada yang tidak perasan atau terlupa yang Awie sebelum ini pernah berkahwin dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005.

Mereka yang dikurniakan tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha bagaimanapun memutuskan untuk bercerai pada 1 November 2014.

Mahkamah Rayuan perintah Awie bayar ganti rugi kepada Rozana

Bagaimanapun, kes lama melibatkan mereka berdua masih berjalan di mahkamah selepas Rozana mendakwa dicederakan oleh Awie. Mahkamah Rayuan hari ini akhirnya memutuskan untuk Awie membayar ganti rugi sebanyak RM80,000 atas kecederaan dialami bekas isterinya tujuh tahun lalu.

Rayuan Awie ditolak selepas Mahkamah Rayuan mendapati keputusan yang dilakukan Mahkamah Tinggi sebelum ini tiada kesilapan. Jumlah RM80,000 juga dilihat adil dan munasabah selepas mengambil kira beberapa faktor seperti kecederaan yang dialami Rozana serta lokasi kejadian berlaku.

Advertisement

“Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam mencapai keputusannya untuk menegaskan semula keputusan Mahkamah Sesyen. Mahkamah mendapati tiada merit dalam rayuan ini dan rayuan perayu ditolak dengan kos RM15,000.” Kata Hakim Datuk Nor Bee Ariffin.

Retak dua tulang rusuk

Tujuh tahun lalu, Rozana memfailkan saman ganti rugi selepas cedera hingga retak dua tulang rusuk, lebam di muka dan beberapa bahagian lain.

Pada Mei 2016 pula, Awie mengaku bersalah mendatangkan kecederaan terhadap Rozana di kaunter PNB, Jalan Tun Razak. Awie pada ketika itu didenda RM2,000 atau penjara 2 bulan oleh Mahkamah Majistret.

Sumber : Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel