Connect with us

Hiburan

“Saya Rasa Juri Lain Pekak” – Kelly Komen Show Najua Lembik & Anggap Juri Lain Pekak, Reaksi DAC Tarik Perhatian

Selepas lebih kurang 5 bulan ditayangkan, akhirnya rancangan televisyen realiti Malaysia, All Together Now Malaysia (ATNM) telah rasmi melabuhkan tirai semalam dengan menyaksikan seramai 18 peserta yang bertanding dalam peringkat akhir. Menyaksikan 18 orang peserta berentap di pentas akhir ‘All Together Now Malaysia’ (ATNM), akhirnya kemenangan RM50,000 jatuh kepada Idris Brown.

Usaha gigih membawakan lagu klasik Itali berjudul ‘Bella Ciao serta ‘Isabella’ dalam versi opera akhirnya membuahkan hasil. Selain 1001 kedukaan peserta yang gagal meraih markah tinggi, kelantangan juri saat memberikan komen juga amat menarik perhatian termasuklah Kelly Azman.

Hal itu selepas dia telah menampilkan sebuah persembahan yang bertemakan opera yang dianggap unik telah berjaya menambat hati 50 juri sekaligus memperoleh 100 markah.

Kelly cetus kontroversi, komen pedas terhadap cucu P. Ramlee

Namun, disebalik kemeriahan serta nyanyian yang penuh memberangsangkan daripada semua peserta, timbul pula kontroversi daripada komen juri yang telah menimbulkan pelbagai reaksi.

Advertisement

Salah satunya ialah seorang pengacara, Kelly Azman yang telah memberikan komen pedas terhadap salah seorang finalist, Najua P. Ramlee yang membawa lagu ‘Sinaran’ dan berjaya memungut sebanyak 60 markah.

Usai persembahan itu, Kelly dilihat masih tidak berdiri memberikan markah sambil ditegur oleh juri-juri yang lain. Kelihatan host ATNM, Sherry Alhadad turut merasakan perkara yang sama.

Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, bagaimanapun tidak mempertikai persembahan Najua Yang dianggap cukup menarik, namun ia gagal memberikan yang terbaik dan menganggap show tersebut ‘lembik’.

Tidak cukup dengan itu, dia juga sempat mempersoalkan juri-juri yang berdiri selain menganggap mereka semua pekak dan tidak mampu melihat persembahan itu dengan betul.

Hal tersebut sekaligus membuatkan beberapa juri terkedu termasuklah reaksi daripada pengacara terkenal, Dato’ AC Mizal yang dilihat tersengeh tanpa mampu berbuat apa-apa.

Advertisement

Meninjau pada laman Instagram milik Kelly, dia juga sempat memohon maaf jika tindakannya selama 11 episod dalam ATNM telah menguris hati para penonton.

Dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada kepada pihak produksi Astro dan semua yang terlibat dalam ATNM edisi kali ini selain mendoakan yang terbaik kepada semua masyarakat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K E L L Y A Z M A N (@kellyazman)

Advertisement

Sumber: Instagram Astro Gempak dan Kelly Azman I Youtube Sumber Ilmu

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel