Connect with us

Terkini

Pesawat Hawk Terhempas: Saksi Dakwa Dengar Letupan Kuat Sebelum Lihat Api Marak

Saksi kejadian melibatkan pesawat Hawk yang terhempas mendakwa mendengar dua letupan kuat sebelum melihat api marak di atas landasan di Pangkalan Udara berkenaan.

Seorang peniaga kedai makan di Kampung Benggali, Sungai Puyu, dekat sini, Mastura Mohammad Nordin, 44, berkata, dia mendengar deruan pesawat yang agak kuat berbanding kebiasaan kerana kedainya terletak berdekatan pangkalan udara itu.

“Saya sudah terbiasa dengar bunyi pesawat kerana kedai dekat dengan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), tetapi kali ini agak berlainan daripada kebiasaan,” kata Mastura Mohammad Nordin.

Mastura, 44, yang berniaga makanan di Kampung Benggali, Sungai Puyu, dekat sini, antara saksi kejadian pesawat Hawk 108 milik TUDM yang terhempas di landasan Pangkalan Udara Butterworth pada 10.07 malam tadi.

Advertisement

Menurutnya, dia mendengar bunyi deruan pesawat agak kuat berbanding kebiasaan kerana kedainya terletak berdekatan pangkalan udara itu.

“Saya memang dah terbiasa dengan bunyi pesawat tetapi yang ini memang lain.

“Ketika ia hampir mendarat saya dengar dua dentuman sangat kuat sebelum melihat api marak ketika pesawat itu terhempas,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, ketika kejadian dia sedang mengemas gerainya untuk pulang ke rumah yang terletak berdekatan, namun dikejutkan dengan insiden itu.

Sementara itu dilaporkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menjalankan siasatan teknikal susulan nahas pesawat Hawk 108 yang terhempas ketika sedang melakukan latihan penerbangan di Pangkalan Udara, di sini malam tadi.

Advertisement

Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Asghar Khan Goriman Khan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden terbabit.

“Kita akan buat siasatan terperinci,” jawabnya ringkas ketika ditemui di pekarangan Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini awal pagi ini.

Beliau tiba di HSJ kira-kira pukul 1.52 pagi dan meluangkan masa hampir 20 minit melawat mangsa yang terlibat dalam nahas itu.

Sementara itu ketika ditanya mengenai keadaan mangsa, beliau enggan mengulas dan hanya menjawab ‘no komen’.

Dalam kejadian kira-kira 10.07 malam itu, seorang juruterbang TUDM maut, manakala seorang lagi cedera apabila pesawat Hawk yang sedang dalam latihan penerbangan malam (Night Flying), sebelum terbabit dengan nahas berkenaan.

Advertisement

TUDM dalam satu kenyataan menyatakan kedua-dua juruterbang itu dikenal pasti sebagai Kapten Mohamad Affendi Bustamy dan Mejar Mohd Fareez Omar.

Menurut kenyataan itu, Mohamad Affendi meninggal dunia dalam nahas itu, manakala Mohd Fareez yang cedera berada dalam keadaan stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

“Mejar Mohd Fareez cedera dan kini sedang diberikan rawatan di HSJ dan berada dalam keadaan selamat dan stabil.

“Bagaimanapun, Kapten Mohamad Affendi meninggal dunia dan jenazah sedang diuruskan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua juruterbang sudah berkahwin.

Advertisement

Katanya, keluarga kedua-dua juruterbang itu sudah dimaklumkan dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan.

Sumber: Utusan, Harian Metro

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel