Connect with us

Pilihan Editor

PN Tidak Dibubar, Kekal Prinsip Penubuhan

MELAKA: Perikatan Nasional (PN) tidak akan meninggalkan prinsip penubuhannya serta tidak dibubarkan untuk kembali bersama UMNO.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN berhijrah jauh dan yakin dengan prinsip serta asas pembentukannya untuk menawarkan suatu bentuk parti mendukung kerajaan dengan lebih baik.

“Minta maaf. Kami berpegang kepada prinsip ketelusan, integriti, menentang rasuah dan salah guna kuasa.

“Itu menjadi dasar perjuangan kita. Sebab itu bagi saya, berada di sini, kita akan terus beristiqamah, bergabung bersama dan bekerja lebih kuat supaya kita akan jadi pencabar utama kepada Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PN di sini malam ini.

Advertisement

Beliau yang juga Presiden BERSATU berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ada pihak meminta beliau membubarkan BERSATU dan kembali bersama UMNO.

Katanya, keberadaan PN dalam arena politik negara yang menawarkan perubahan ke arah lebih baik adalah bagi membolehkan rakyat mempunyai satu lagi pilihan untuk dipertimbangkan.

“Itu bagi saya penting, bukan soal peribadi saya atau soal apa kerana kita berpendapat, pembentukan BERSATU dan Gabungan PN suatu perkembangan politik sihat dalam sistem demokrasi berparlimen,” katanya. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel