Connect with us

Global

‘Saya Wanita Tulen’ – Reaksi Zohreh Terhadap Tuduhan Dia Seorang Lelaki, Bakal Saman

London: Bintang bola sepak wanita Iran, Zohreh Koudaei menafikan sekeras-kerasnya dakwaan FA Jordan yang mengatakan dia seorang lelaki dan sedia mengambil tindakan undang-undang.

Badan induk bola sepak Jordan menggesa Persekutuan Bolasepak Asia melakukan pemeriksaan jantina ke atas pemain itu susulan perlawanan di Uzbekistan pada September lalu.

Zohreh, 32, menyelamatkan dua penalti dalam perlawanan dimenangi Iran sekali gus mencipta sejarah dengan mara ke Piala Asia Wanita buat kali pertama.

Bercakap kepada media Turki, Hurriyet, Zohreh: “Saya memang seorang wanita. Ini satu tindakan buli daripada Jordan. Saya akan failkan tindakan undang-undang.”

Advertisement

Tambahnya: “Saya akan saman FA Jordan di atas tindakan bulinya itu.”

Sementara itu, jurucakap AFC enggan mengesahkan sama ada penyiasatan akan dijalankan manakala stesen penyiaran Arab Saudi, Al Arabiya pula berkata, jantina Zohreh turut beberapa kali dipersoalkan sebelum ini.

Pengurus Iran, Maryam Irandoost turut menafikan tuduhan serius itu. “Petugas perubatan memeriksa dengan teliti setiap pemain dari segi hormon bagi mengelakkan masalah berbangkit, jadi saya memberitahu semua penyokong supaya tidak bimbang,” kata Maryam.

“Kami akan memberikan apa sahaja dokumen yang dimahukan AFC tanpa membuang masa.” – Agensi

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel