Connect with us

Mahkamah

Kes Najib: Peguam Mohon Tangguh Keputusan Rayuan Dalam Kes SRC

Pasukan peguam bela Najib Razak memohon agar perbicaraan kes SRC International hari ini dan esok di Mahkamah Rayuan ditangguhkan selepas seorang ahlinya disahkan positif Covid-19, kata pihak pendakwaan.

Pasukan pendakwaan dalam kes SRC International mengesahkan pagi ini yang ketua peguam bela Muhammad Shafee Abdullah menulis kepada mahkamah berhubung permintaan itu malam tadi.

Mahkamah Rayuan dijadualkan mendengar permohonan Najib mengemukakan bukti baharu dalam kes rayuan SRC International hari ini.

Hakim juga memaklumkan keputusan mereka terhadap rayuan sabitan bekas perdana menteri membabitkan penyelewengan RM42 juta milik SRC International akan disampaikan pada Rabu.

Advertisement

Dalam suratnya kepada pendaftar mahkamah, Shafee memaklumkan anak lelaki beliau dan rakan sekerjanya Muhammad Farhan disahkan positif Covid-19 semalam.

Dalam surat itu, Muhammad Shafee berkata, ketika peguam pasukan pembelaan menyiapkan pemfailan hujahan bertulis bagi prosiding hari ini, dan ketika petang semalam, seorang daripada peguam menerima panggilan daripada ibunya yang menyatakan dia (ibunya) didapati positif COVID-19.

Muhammad Shafee berkata, beliau dan Muhammad Farhan bersama isteri dan anak lelakinya sebelum itu menghadiri sambutan dan perjumpaan bersama keluarga serta rakan terdekat yang turut dihadiri peguam terbabit dan ibunya, Sabtu lalu.

Katanya, selepas dimaklumkan oleh peguam mengenai hal itu, semua peguam yang berada di firma guaman berkenaan membuat ujian kendiri COVID-19, dengan Muhammad Farhan didapati positif melalui tiga kit ujian berbeza, manakala peguam lain menunjukkan keputusan negatif.

Shafee juga berkata Najib adalah kontak rapat kerana hadir di firma itu semalam.

Advertisement

“Tambahan pula, anak guam kami (Najib) hadir di pejabat bagi tujuan semakan dan mengikrarkan afidavit yang difaikan semalam.

“Oleh itu, semua status aplikasi MySejahtera milik semua yang terbabit berubah kepada sama ada kontak rapat atau kontak kasual dengan masing-masing sedang menunggu masa yang sesuai untuk menjalankan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) COVID-19.

“Oleh kerana perkara di atas, pihak kami mempunyai tanggungjawab sosial kepada mahkamah dan pihak terbabit untuk memaklumkan perkara ini. Kami dengan rendah diri memohon pertimbangan mahkamah untuk melapangkan tarikh pendengaran hari ini dan esok (keputusan) memandangkan perkara yang terjadi,” katanya.

Pada 28 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah dan tiga kes pengubahan wang haram, serta 12 tahun penjara dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun, bagi satu pertuduhan salah guna kuasa.

Kesemua hukuman berjalan serentak.

Advertisement

Mahkamah membenarkan permohonan Najib menangguhkan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuannya diselesaikan, dengan jaminan RM2 juta serta dua penjamin.

Seorang pegawai mahkamah berkata, perbicaraan pagi ini akan diteruskan secara hibrid di mana panel hakim dan pihak pendakwaan akan berada di mahkamah terbuka manakala pasukan pembelaan akan mengambil bahagian melalui Zoom.

Esok, Mahkamah Rayuan akan memutuskan sama ada untuk membebaskan Najib atau mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya selepas didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd.

Sumber: Astro Awani, BH Online

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel