Connect with us

Pilihan Editor

“Dapat call, muka anak dah biru..” – Baru Sebulan Dijaga Pengasuh, Bayi Empat Bulan Meninggal Dunia

Seorang bayi perempuan berusia empat bulan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital selepas mangsa dilaporkan lemah ketika berada di rumah pengasuhnya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang, Negeri Sembilan.

‘Baru sebulan dihantar rumah pengasuh’

Foto: Utusan Malaysia

Memetik laporan Utusan Malaysia, ibu mangsa yang dikenali dengan nama Lilis Handayani Sukran memaklumkan dia bergegas ke rumah pengasuh berkenaan selepas dimaklumkan anak perempuannya itu berada dalam keadaan lemah.

Setibanya di sana, Lilis mendapati wajah anak kesayangannya itu sudah pucat dan tiada tindak balas apabila dikejutkan. Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, bayi itu dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian.

Advertisement

“Masa itu, saya berada di tempat kerja, dapat panggilan dari pengasuh yang memaklumkan muka anak sudah biru dan dia suruh segera datang ke rumahnya.

“Bayi ini merupakan satu-satunya anak saya dan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuh,” kata wanita berusia 24 tahun itu ketika ditemui di HTJ.

Sementara itu, bapa saudara mangsa iaitu Nashrullah Mohd Non memaklumkan punca kematian masih belum dikenal pasti dan keputusan bedah siasat akan diperoleh dalam masa terdekat. Difahamkan, jenazah bayi tersebut telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda, Jempol pada petang tadi.

Al-Fatihah untuk anak saudara…

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel