Connect with us

Mahkamah

Kes SRC: Mahkamah Rayuan Kekakan Sabitan, Hukuman Najib

Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. selepas menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib 68, sebelum ini didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro, Hakim Abdul Karim ketika membacakan keputusan berkata, Hakim Mahkamah Tinggi tidak tersalah arah ketika mengarahkan Najib untuk membela diri atas dakwaan yang dikenakan terhadapnya.

Advertisement

“Kami bersetuju dengan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa perayu mempunyai kepentingan peribadi dalam kelulusan kabinet bagi pinjaman RM4 bilion oleh SRC daripada KWAP.

“Najib diberikan kuasa khas dalam SRC atas peranannya sebagai Perdana Menteri. Najib dalam pembelaannya mendakwa beliau bertindak atas kepentingan nasional,

“Ini bukan kepentingan nasional, ini adalah memalukan nasional,” katanya.

Mereka juga bersetuju dengan dapatan Mahkamah tinggi bahawa Najib adalah ‘Pengarah Bayangan’ dalam SRC.

“Najib adalah satu-satunya yang mempunyai kuasa untuk melantik atau memecat pengarah dalam SRC.

Advertisement

“Bukti menunjukkan bahawa mereka mengikut arahan Najib dan tiada bukti mengatakan mereka tidak,” katanya.

Beliau memutuskan bahawa mahkamah tinggi tidak terkhilaf dalam mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes pecah amanah jenayah melampaui keraguan munasabah

“Kami mendapati sabitan mahkamah tinggi terhadap semua tuduhan pengubahan wang haram terhadap perayu juga adalah selamat.

“Secara keseluruhan kami mendapati bahawa hakim mahkamah tinggi tidak terkhilaf dalam mensabitkan semua tuduhan terhadap perayu,” katanya.

Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas yang menjatuhi hukuman 10 tahun penjara ke atasnya, bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan tiga kes pengubahan wang haram.

Advertisement

Beliau juga dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun bagi satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Sumber: Harian Metro

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel