Connect with us

Terkini

‘Risau nampak macam Islam membenarkan berbuat zalim’ – PU Syed tak setuju tindakan jemaah mandikan pencuri seperti jenazah

Tular sebuah rakaman video yang memaparkan seorang remaja lelaki dipercayai terpaksa dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid kerana disyaki mencuri tabung masjid.

Video terbabit telah menarik perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed untuk memberi pendapat. Menurut PU Syed, 39, tindakan menviralkan rakaman itu boleh mengundang masalah lain sekiranya ada pihak yang salah faham.

Malah, kata pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Ishak, ia seolah menampakkan agama Islam membenarkan berbuat zalim kepada umatnya.

“Isu curi tabung masjid satu hal, bila ditangkap, dimandikan di tempat mandi jenazah, dirakam serta diviralkan, ianya bakal mengundang satu hal yang lain.

Advertisement

Marah memang kita marah tapi risau walhasil dari kemarahan tersebut nampak macam Islam membenarkan berbuat zalim walaupun dengan niat untuk menyedarkan sang pencuri.

Takut banyak benda yang akan tidak beres nanti di zaman canggih manggih ini.”

Meninjau ke ruangan komen rata-rata pengikut bersetuju dengan kenyataan PU Syed kerana merasakan kelakuan itu terlampau keterlaluan.

Terdahulu, menerusi video berdurasi 1:25 saat itu memaparkan remaja berkenaan sedang terbaring sambil dimandikan oleh seorang individu yang dipercayai merupakan imam masjid.

Baca: Remaja cuba curi tabung Masjid dipenjara 10 hari, denda RM4,000

Advertisement

Sumber: Facebook @PU Syed

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel