Connect with us

Terkini

Sempat lari 50 meter, polis berjaya tahan semula OKT cuba loloskan diri

Seorang orang kena tuduh (OKT) berjaya ditahan semula pada jarak 50 meter dari lokasi kejadian selepas cuba melarikan diri ketika menaiki lori polis di hadapan Klinik Kesihatan Beranang, Semenyih.

Terdahulu, tular di media sosial menerusi sebuah video berdurasi 38 saat yang memaparkan seorang lelaki OKT berpakaian tahanan berwarna ungu telah melarikan diri ketika urusan menaikkan OKT di dalam trak polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku semalam kira-kira pukul 11 pagi di hadapan Klinik Kesihatan Beranang.

“Ketika kejadian, anggota bertugas mengiringi seramai 19 OKT dari Balai Polis Kajang ke klinik berkenaan untuk melakukan ujian saringan Covid-19 dengan menaiki lori pasukan (polis).”

Advertisement

Ujar Mohd Zaid lagi, semua OKT diminta naik semula ke dalam lori berkenaan sebelum salah seorang daripada mereka cuba melarikan diri sebaik sahaja selesai menjalani ujian saringan. Walau bagaimanapun, OKT terbabit berjaya ditahan semula sebelum dibawa balik ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang.

“Bagaimanapun, OKT terbabit berjaya ditahan semula pada jarak 50 meter dari lokasi kejadian sebelum dibawa balik ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang dan dimasukkan semula ke lokap Balai Kajang dengan selamat.”

Susulan daripada itu, semakan telah dilakukan dan mendapati OKT terbabit adalah individu yang ditahan bersabit dengan kes samun dan kini dalam tempoh reman sehingga harini.

Sumber: Harian Metro

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel