Connect with us

Jenayah

Lelaki tendang gelandangan diburu polis

Polis memburu individu terlibat mengasari seorang gelandangan di Kuala Lumpur seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Berdasarkan video itu, seorang lelaki mengasari seorang gelandangan dengan menendang mangsa yang ketika itu cuba menghalang kotak dan barangnya diambil, dalam kejadian di luar pusat beli-belah Lot 10.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, berkata Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menjalankan pengesanan ke atas individu tersebut.

“Ia susulan tular sebuah video berdurasi 30 saat yang dimuat naik di akaun Facebook. Siasatan akan dijalankan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement

Beliau meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil bagi membantu siasatan.

“Polis juga ingin memberi amaran keras agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang.

“Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan dengan menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03 26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03 21159999,” katanya.

Sumber: FMT

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel