Connect with us

Pilihan Editor

Pelarian Syria doakan Tun Mahathir supaya cepat sembuh

Pelarian Syria berharap kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) bertambah baik.

Ketika ditemui Astro AWANI di Al-Bab, Syria, rata-rata mereka mendoakan kesejahteraan pemimpin yang disegani dalam dunia Islam itu.

Menurut salah seorang pelarian, Bayan sabbagh, 24, Dr Mahathir terkenal dalam kalangan rakyat Syria kerana kelantangannya memperjuangkan isu-isu umat Islam di seluruh dunia.

“(Dr) Mahathir seorang pemimpin Islam yang disukai rakyat Syria kerana turut sama menyuarakan keprihatinan mengenai situasi peperangan di Syria.

Advertisement

“Saya berharap (Dr) Mahathir diberikan kesembuhan oleh Allah SWT secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelarian, Muhammed Nur Demlahi, 22, menggambarkan Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu sebagai seorang yang berjaya membawa nama Malaysia terkenal di dunia.

“Ramai rakyat Syria sebenarnya mengagumi (Dr) Mahathir dan mahukan beliau sebagai pemimpin. Doa saya agar beliau sihat seperti sedia kala,” ujarnya.

Bagi Mahmud, 30, yang juga seorang pelarian, Dr Mahathir begitu dekat dengan hati rakyat Syria kerana turut sama memperjuangkan keperluan kemanusiaan untuk pelarian di negara ini.

“Sudah pasti saya mendoakan agar beliau (Dr Mahathir) kekal kuat untuk kesihatannya dan terus menjadi suara kepada negara Islam dan kemanusiaan,” jelasnya.

Advertisement

Untuk rekod, Tun Mahathir pernah menyatakan Malaysia menyuarakan pendapat mengenai serangan bom di Syria sebagai kekejaman yang perlu dihentikan.

Jelasnya lagi, rakyat Malaysia yang berkemampuan perlu sedar mengenai situasi di negara yang menghadapi peperangan seperti Syria dan melakukan apa yang terdaya untuk membantu.

Sementara itu tular gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kelihatan sihat bersama individu dipercayai kakitangan Institut Jantung Negara (IJN) tersebar dalam media sosial.

Menurut laporan utusan tv, gambar berkenaan dipercayai diambil sebelum Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari lalu selepas dimasukkan ke pusat perubatan tersebut pada 7 Januari.

Dr. Mahathir telah menjalani rawatan prosedur elektif pada 8 Januari lalu di IJN.

Advertisement

Bekas Perdana Menteri itu kemudiannya dimasukkan semula ke IJN sejak Khamis lalu.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa gambar berkenaan diambil semasa Dr. Mahathir menerima dos penggalak pada bulan November lalu.

Dalam pada itu, berita palsu mengenai kematian negarawan tersebut telah mula tersebar dalam media sosial.

Namun begitu, sehingga kini, masih belum ada perkembangan terkini melibatkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Langkawi itu.

Semalam, anak bekas Perdana Menteri itu, Datin Paduka Marina dalam satu kenyataan memaklumkan, keadaan kesihatan Dr. Mahathir kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Januari lalu.

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel