Connect with us

Global

Masa semakin suntuk, sudah 4 hari terperangkap dalam perigi, misi selamatkan rayan trending di media sosial

MAGHRIBI: Pasukan penyelamat Maghribi hari ini terus bertungkus lumus untuk menyelamatkan seorang budak lelaki yang sudah hampir tiga hari terperangkap dalam sebuah perigi.

Operasi menyelamat itu menjadi berita utama di negara terbabit, dengan ratusan ribu rakyat yang cemas mengikuti siaran secara langsung mengenai tragedi itu.

Operasi bantuan dipergiatkan untuk Rayan, 5, yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter pada Selasa lalu, dengan penyelamat bekerja 24 jam dengan bantuan lampu limpah.

Jurucakap kerajaan, Mustapha Baitas, berkata penyelamat mengorek lubang selari dengan perigi berkenaan bagi membina terowong untuk mengeluarkan kanak-kanak malang itu dari sisi.

Advertisement

“Penyelamatan kanak-kanak itu semakin dekat, kami berkongsi simpati bersama keluarga dan berdoa dia kembali bersama mereka secepat mungkin,” katanya.

“Struktur tanah menjadikan keadaan amat berbahaya berbahaya untuk cuba melebarkan lubang dan ini bermakna penggalian besar di sekelilingnya adalah satu-satunya penyelesaian.

Kisah itu mencetuskan rasa simpati ramai dengan dengan tanda pagar tulisan Arab, #SaveRayan, menjadi tular di seluruh Afrika Utara termasuk di negara jiran Algeria.

Agensi berita MAP melaporkan, penggerudian di kampung berhampiran Bab Berred di Chefchaouen di Maghribi itu sudah mencecah 27 meter dengan ‘harapan mencapai 32 meter dalam masa beberapa jam lagi’.

Penyelamat kemudian akan menggali tiga meter secara mendatar di antara lubang dan perigi untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

Advertisement

Pasukan perubatan juga sudah dihantar ke lokasi kejadian untuk menjalankan pemeriksaan awal dan potensi masalah kesihatan sebaik saja budak lelaki itu diselamatkan

Pasukan penyelamat dapat menghantar oksigen dan air kepada kanak-kanak itu melalui paip dan sebuah helikopter polis turut bersiap sedia untuk memindahkannya ke hospital berdekatan.

Bapa Rayan memberitahu laman sesawang berita, Le360, bahawa dia sedang membaiki perigi ketika budak itu terjatuh ke dalamnya.

“Saya tidak dapat tidur sekelip mata sepanjang malam,” katanya.

Neneknya, Laaziza pula memberitahu AFP, Rayan ‘sangat disayangi di seluruh di kampung dan bukan hanya dalam rumah oleh keluarganya’.

Advertisement

“Saya merinduinya, sudah tiga malam,” katanya.

Siaran beberapa media Maghribi diikuti minit demi minit oleh ratusan ribu pengguna internet yang menunggu berita tentang nasib kanak-kanak itu.

Ketua penyelamat, Abdelhabi Temrani, memberitahu stesen siaran televisyen Al Oula bahawa ukuran rentas mulut perigi itu yang kurang 45 sentimeter (sm) menyukarkan lagi usaha menyelamatkan Rayan. – AFP

Sementara itu di media sosial, warganet di seluruh dunia tak putus-putus mendoakan keselamatan Rayan. Tanda pagar #SaveRayan juga trending bermula di negara-negara Timur Tengah dan kini turut tular di Malaysia.

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel