Connect with us

Jenayah

Tanpa belas ihsan, lelaki lelaki tumbuk & tendang kepala warga emas selepas tak dapat wang untuk beli dadah

Hari ini tular sebuah video memaparkan seorang lelaki menendang kepala bapanya selepas dipercayai tidak mendapat duit untuk membeli dadah.

Dalam video tersebit kelihatan seorang lelaki yang dalam keadaan marah menendang kepala warga emas itu yang terduduk di tanah bersama isterinya.

Isteri mangsa dilihat merayu agar mereka tidak diapa-apakan tetapi suspek yang masuk ke dalam rumah untuk mengambil barang terus menendang mangsa dari arah belakang

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian yang berlaku dia Yan, Kedah lelaki itu naik berang hingga memukul dan menendang bapa tirinya di muka serta dada selepas tidak diberikan wang untuk membeli dadah.

Advertisement

Lelaki berusia 30 tahun yang tidak bekerja itu dikatakan bertindak demikian ketika berada di rumah keluarganya di Kampung Ruat, di sini, dalam kejadian pada 8.30 pagi hari ini.

Lelaki itu bertindak memukul dan menendang sebanyak dua kali di dada dan muka bapa tirinya yang berusia 71 tahun itu sambil disaksikan ibunya.

Tindakan lelaki terbabit tanpa belas ihsan bertindak di luar kawalan terhadap bapa tirinya hingga menyebabkan ibunya meminta orang kampung melaporkan kejadian itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

Difahamkan anak tiri mangsa adalah seorang penagih dadah tegar dan dilaporkan sering memukul warga emas terbabit sekiranya enggan memberikan duit kepadanya untuk membeli dadah.

Advertisement

Shahnaz berkata, suspek kemudiannya ditahan pada 6.45 petang di kawasan Lubuk Boidi sini, dan siasatan lanjut mengenai kejadian itu sedang dilakukan.

@malaysianupdatenews Kejadian dipercayai berlaku di Kedah. Berita lanjut bakal menyusul. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #kedah ♬ original sound – michela thea

Siasatan lanjut mendapati suspek adalah seorang pesakit mental dan memiliki kad orang kurang upaya (OKU) mental yang disahkan oleh isteri mangsa.

Bagaimanapun, katanya, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2012.

@malaysianupdatenews Reply to @zettyaqmmal Terima balasan, ditangkap penduduk kampung & diserahkan kpd polis. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel