Connect with us

Global

Enggan terima kenyataan cintanya ditolak, lelaki nekad kelar leher wanita

Berang cintanya ditolak, seorang lelaki bertindak kejam dengan mengelar wanita yang juga rakan sekolejnya pada Sabtu lepas.

Memetik laporan Utusan TV, kejadian yang dilaporkan berlaku di Surat, India dimana lelaki yang berusia 22 tahun itu menjadikan seorang wanita sebagai tebusan sebelum membunuhnya dengan cara mengelar lehernya dihadapan orang ramai.

Media tempatan melaporkan bahawa lelaki berkenaan pada awalnya meluahkan perasaannya setelah sekian lama disembunyikan.

Namun wanita tersebut enggan menerima cintanya.

Advertisement

Oleh kerana rasa tidak berpuas hati kerana cintanya di ‘reject’, lelaki berkenaan telah bertindak diluar batasan apabila mengelar leher mangsa di tempat awam walaupun sudah dipujuk untuk melepaskannya.

Suspek juga dikatakan cuba untuk membunuh diri dengan meminum racun dan mengelar pergelangan tangan namun percubaannya itu gagal.

Sementara itu polis daerah Kamrej pada selasa dilaporkan telah menahan suspek berusia 20 tahun atas tuduhan membunuh dengan mengelar leher mangsa selepas cintanya ditolak.

Suspek Fenil Goyani, dituduh membunuh mangsa Grishma Vekariya berusia 21 tahun kawasan Pasodara di Surat pada 12 Februari lalu.

Menurut pihak polis, kejadian yang berlaku pada Sabtu apabila Fenil tiba di rumah Grishma sebelum dia bertindak mengelar leher mangsa.

Advertisement

Tertuduh kemudian mengelar pergelangan tangannya sendiri.

Mangsa dikejarkan ke hospital dimana dia kemudian disahkan meninggal sejurus tiba. Manakala tertuduh pula dibawa ke hospital swasta untuk menerima rawatan.

Menurut the Indian Express, dilaporkan bapa saudara mangsa, Subhash Vekariya, telah membuat laporan polis terhadap suspek.

Dalam laporan polis tersebut dinyatakan bahawa suspek telah mengekori Grishma dan mengugutnya selepas cintanya ditolak. Suspek telah ditahan pada malam selasa sejurus dia dibenarkan keluar oleh pihak hospital.

Ispektor polis Kamrej M M Gilatar berkata, “Suspek mengelar leher mangsa selepas cintanya ditolak. Polis telah menemui 2 bilah pisau daripada Fenil yang dibelinya dari pasaraya di bandar Surat. Tertuduh juga pernah ditahan oleh polis daerah Surat atas kes mencuri kenderaan pada tahun 2020.”

Advertisement
@malaysianupdatenews Enggan terima kenyataan cintanya ditolak, lelaki nekad kelar leher wanita.😱 #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #NewsAtTikTok ♬ original sound – Malaysian Update

@malaysianupdatenews Reply to @shaik_mayyel Potong🥺 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update


Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel