Connect with us

Jenayah

Kes pukul pengawal keselamatan, Polis kenal pasti 2 lelaki terlibat

Sebelum ini tular di media sosial sebuah video berdurasi 35 saat memaparkan kejadian dua lelaki didakwa memukul dan menampar muka seorang pengawal keselamatan.

Polis hari ini dilaporkan telah mengenal pasti dua lelaki terbabit.

Difahamkan ketika kejadian pengawal keselamatan warga asing tersebut sedang bertugas di pusat beli belah Pandan Capital.

Memetik laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu berlaku terhadap mangsa berusia 41 tahun yang sedang bertugas pada pukul 2.15 petang.

Advertisement

“Mangsa didatangi dua lelaki menaiki motosikal yang mana suspek parkir di hadapan pintu bangunan tersebut dan mangsa tidak membenarkan kenderaan itu diparkir di kawasan berkenaan.

“Kedua-dua lelaki itu berang dan memukul serta menumbuk mangsa di bahagian muka sehingga mata mangsa bengkak selain hidungnya berdarah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada pertengkaran mulut antara mangsa dan kedua-dua suspek yang tidak berpuas hati.

@malaysianupdatenews Kes pukul pengawal keselamatan, Polis kenal pasti 2 lelaki terlibat. #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #jenayah ♬ original sound – Malaysian Update

Mohamad Farouk menjelaskan siasatan kes itu akan diteruskan selepas permohonan arahan untuk siasatan (Order to Investigation) dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel