Connect with us

Viral

‘Assalamualaikum Papa, Aisyah datang ni…’

Kehilangan bapa tercinta di usia kecil bukan sesuatu yang mudah. Begitulah yang dialami oleh anak kecil ini apabila terpaksa menanggung rindu yang teramat sangat apabila diusia yang masih muda, bapanya telah pergi meninggalkannya.

Tular dimedia sosial sebuah video yang dikongsikan oleh Ustazah Nurul memaparkan anak sulungnya, Aisyah sangat teruja untuk menziarahi pusara bapa tercinta sambil membawa beberapa buah piala anugerah kecemerlangan yang diperolehnya.

Ustazah Nurul berkata, Aisyah mahu berkongsi kegembiraan dan kejayaannya bersama arwah bapa yang amat dicintainya.

“Ya Allah, anak dapat anugerah bersemangat nak tunjuk dekat arwah papa. Semoga kuat nak. Dah cakap tak elok bawa masuk sini, anak nak juga tunjuk semua anugerah dekat papa dia. Ya Allah, luluh hati mama.”

Advertisement

Namun apa yang lebih menyentuh hati apabila melihat Aisyah begitu bersemangat menceritakan kepada arwah bapanya tentang kemenangan termasuk hadiah-hadiah yang diperolehinya.

“Assalamualaikum papa, Aisyah datang ni. Papa Aisyah nak cakap, papa Aisyah ada banyak hadiah. Ada piala, ada beg, buku, pensel. Papa jangan lupa doakan Aisyah ya jadi pandai, jadi bijak, jadi anak yang solehah. Aisyah sayang papa, Aisyah rindu papa.”

Dalam video lain yang di kongsikan oleh Ustazah Nurul kelihatan Aisyah turut menitipkan doa dan menyedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah bapanya dan berharap agar arwah ditempatkan di dalam syurga.

Semoga adik Aisyah dan ibunya tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber: TikTok Ustazah Nurul

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel