Connect with us

Jenayah

Tidak puas hati dakwa komponen ditukar jadi punca pemilik bengkel motor ditikam mati

PARIT BUNTAR: Suspek yang dipercayai menikam seorang pemilik bengkel motosikal di Titi Serong menyerah diri di Balai Polis Simpang Lima, dekat sini, sejurus selepas melakukan perbuatan itu, pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Anuar Othman berkata, lelaki berusia 52 tahun dan merupakan seorang peniaga itu datang ke balai polis berkenaan kira-kira jam 2.25 petang semalam dan memaklumkan telah menikam seorang lelaki di sebuah kedai motosikal di Titi Serong.

Menurutnya, susulan maklumat tersebut pihaknya telah menahan suspek untuk siasatan lanjut

Katanya, siasatan awal mendapati punca kejadian adalah kerana suspek tidak berpuas hati dan menuduh mangsa menukar beberapa komponen motosikal miliknya kira-kira tiga minggu lalu.

Advertisement

“Suspek dikatakan telah bertindak menikam mangsa menggunakan pisau dan mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar,” katanya dalam satu kenyataan.

Anuar berkata, mangsa maut disahkan sebagai Tan Hee Song, 43, dan tinggal di Nibong Tebal.

Kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu tular di media sosial seorang lelaki dipercayai pemilik bengkel cedera parah selepas ditikam dengan senjata tajam oleh seorang lelaki.

Sumber: Astro Awani

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel