Connect with us

Global

Pistol Diacu Depan Muka, Dipercayai Cubaan Bunuh Timb. Presiden Argentina

Seorang lelaki ditahan di Argentina selepas mengacukan pistol ke arah Timbalan Presiden Cristina Fernandez de Kirchner ketika dia beramah mesra dengan penyokongnya di luar kediaman di Buenos Aires pada malam Khamis, 1 September 2022.

Memetik Bloomberg, rakaman video tersebut tersebar di media sosial menunjukan seorang lelaki datang menghampiri presiden tersebut dengan jarak beberapa inci sahaja sambil mengacukan pistol, bagaimanapun tidak melepaskan sebarang tembakan. Difahamkan, lelaki tersebut telah ditahan, lapor akhbar tempatan Clarin.

Orang ramai berkumpul di kediamannya selepas dia didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan dan menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan larangan seumur hidup dalam mengambil bahagian atau jawatan awam atas kesalahan rasuah.

Difahamkan, Kirchner telah dituduh melakukan penipuan dan telah mengetuai satu gerakan haram bersama pegawai kerajaan dan ahli perniagaan dan syarikatnya dipercayai telah menrima banyak kontrak kerja-kerja awam semasa dia menjadi presiden Argentina dari 2007 hingga 2015.

Advertisement

Dalam pada itu, kes keganasan politik amat jarang berlaku di Argentina sejak negara itu mengembalikan semula sistem demokrasi pada awal tahun 1980. Oleh itu, kerajaan dan parti-parti pembangkang secara bersama mengencam insiden tersebut.

Selain itu, beberapa menteri termasuk Menteri Ekonomi juga turut berkongsi rakaman kejadian itu menerusi laman Twitter miliknya dengan kapsyen ‘Cubaan membunuh’.

Bekas Presiden, Mauricio Macri turut mengutuk insiden itu dan meminta pihak berwajib memberi penjelasan berhubung kawalan keselamatan ketika kejadian berkenaan berlaku.

Terdahulu, dunia digemparkan dengan insiden pembunuhan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang ditembak pada jarak dekat ketika berkempen di tepi jalan.

Sumber: Bloomberg/SiakapKeli

Advertisement

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel